DASAR PRIVASI
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari www.kats.gov.my kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran dan informasi berkenaan permohonan permit melalui aplikasi eBMGPermit yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam laman web ini.
Cookies
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan laman web ini.
Pautan kepada Laman Web yang Lain
Laman Web ini mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Laman Web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Laman Web ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
Pertanyaan atau Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau laman web ini, anda boleh menghubungi kami melalui ebmgpermit@nre.gov.my yang disediakan dalam laman web ini.