PANDUAN PENDAFTARAN PERTAMA KALI
PENDAHULUAN
Permohonan kelulusan permit eksport mineral dan bahan batuan hendaklah melalui sistem aplikasi eBMGPermit, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS). Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan pendaftaran terlebih dahulu di KATS bagi mewujudkan akaun pengguna.
CARA-CARA PERMOHONAN PENDAFTARAN eBMGPERMIT
1. Dokumen-dokumen yang diperlukan
Setiap permohonan hendaklah mengandungi dokumen-dokumen sokongan berikut:
  • Salinan Profil Syarikat;
  • Salinan Borang 24;
  • Salinan Borang 49; dan
  • Salinan Borang M & A.
2. Penghantaran borang pendaftaran eBMGPermit
Semua dokumen permohonan yang dinyatakan di atas hendaklah dibawa bersama (salinan asal dan salinan softcopy dalam format .pdf) semasa pendaftaran dan dikemukakan kepada :

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli
Bahagian Mineral dan Geosains
Aras 11, Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana
Presint 4
62574 W.P. Putrajaya.
3. Cara-cara log masuk sistem eBMGPermit
Setelah pendaftaran eBMGPermit disahkan, ID Pengguna dan Katalaluan akan dihantar melalui emel. Pemohon perlu memasukkan ID Pengguna dan Katalaluan untuk log masuk ke sistem eBMGPermit. Pemohon digalakkan untuk menukar kata laluan.
4. Cara-cara mengemaskini profil dan maklumat syarikat
Sebarang pengemaskinian profil dan maklumat syarikat hendaklah dimaklumkan kepada pihak Bahagian Mineral dan Geosains (BMG), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).